Archive for the 'Kesihatan' Category

Conjuntivitis (sakit mata atau mata merah)

Keradangan atau sakit mata pada selaput mata putih yang menutupi mata dan bahagian dalam permukaan pelopak mata.

Punca peryakit

1. bakteria( jenis haemophilus)

2. jangkitan virus (beserta selsema )

3. bendasing seperti percemaran udara, habuk, asap, sabun, make up, klorin dan lain-lain lagi.

Jangkitan melalui:

· tangan yang tercemar

· tuala

· alat kosmetik

· bulu mata palsu

· kanta sentuh

tanda-tanda:

· gatal

· mata merah

· perit terkena cahaya

· mata bertahi

· bengkak mata

· sakit

· rasa “pasir” dalam mata

· kabur penglihatan

tempoh:ianya memakan masa dari beberapa hari hingga 2 minggu bagi penyakit sembuh.Pencegahan:

Sukar dicegah,namun langkah –langkah bagi mengurangkan jangkitan merebak ialah:

· mengelakan tangan menyentuh mata

· kerap menyuci tangan

· tidak berkongsi tuala atau sapu tangan

· tidak berkongsi kosmetik mata dan ubat mata

· penggunaan kanta sentuh secara bersih

· memakai alat pelindung mata apabila perlu

· tidak berenang didalam kolam yang kotor

AMARAN:

Sekiranya berlaku perkara berikut; berjumpalah doktor anda

· penglihatan berubah

· sakit mata yang bersangatan

· sakit ketika menggerakkan bola mata

· tidak sembuh dalam masa48-72 jam mengambil ubat

· teman sebilik atau ahli keluarga juga dijangkiti

· mata terlalu sensitive kepada cahaya

Rawatan:bergantung kepada punca penyebabnya.

Ubat titik mata atau ointment yang mengandungi antibiotik atau antivirus digunakan bagi menghalang jangkitan.Petua:

· gunakan tuam sejuk keatas mata 3-4 kali sehari untuk 10-15 minit, menggunakan kain bersih setiap kali. Ini boleh mengurangkan gatal, bengkak dan memberi keselesaan kepada mata.

· Elakkan daripada menggosok mata.

· Kerap mencuci tangan.

· Jauhkan tangan daripada mata.

· Gunakan kacamata hitam.

· Jauhkan dari terdedah kepada habuk,panas dan kekotoran lain.

· Elakkan menggunakan kanta sentuh.

· Gunakan sampul bantal yang bersih setiap masa.

Disediakan oleh:

Dr.Wan Idris Wan Hussain ,PKPUUM.

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan .sila hubungi Pegawai Perubatan PKPUUM untuk maklumat lanjut.

Advertisements

Angin Pasang (Hernia)

Angin pasang a.k.a HERNIA boleh terjadi di byk tempat dibadan kita.

Yg paling ramai org tahu ialah angin pasang di kelengkang= INGUINAL HERNIA.

Ada juga:
UMBILICAL HERNIA=pada pusat
ABDOMINAL HERNIA = pada abdomen
DIAPHRAGMATIC HERNIA = pada diafram di dada
FEMORAL HERNIA = pada Femoral output
GASTROESOPHAGEAL HERNIA = pada juction espfagus-perut

dan mcm mcm lagi….

Basically ia diakibatkan oleh defect pada fascia/selaput pada permukaan tertentu, yg mengakibatkan organ dalaman/fat tissue/omentum boleh terkeluar melalui defective output(herniated).

Hernia boleh terjadi pada baby, sampai lah ke org tua.
Hernia boleh berlaku kepada perempuan dan juga lelaki.

Jikalau Inguinal hernia pada lelaki dewasa, faktor risiko terjadinya masalah ini ialah apabila meningkatnya tekanan dalaman abdomen yg menenkan lapisan fascia (increased intraabdominal pressure).

Antara punca2 increased intra-abdominal pressure ialah:
chronic cough, selalunya pada perokok tegar
senaman terlebih, yg selalu terjadi pada sportsman, footballer..dan juga pada askar yg kerap berkawad& latihan lasak
tabiat suka meneran dan duduk /cangkung lama2–so risk factor pada yg ada masalah sembelit..
kerja keras/buruh yg byk mengangkat beban..

Jalan penyelesaiannya hanya SATU, iaitu melalui pembedahan.

Cepat dptkan nasihat doktor, sebelum Hernia menjadi lebih parah yg boleh mendatangkan komplikasi seperti Strangulated hernia(hernia terpintal dan tersumbat).

thanks to Giggs@forum melayu.com